Thursday, April 14, 2011

Putus Cinta ? bace kat sini ape perli kite buat.

Terputusnya suatu hubungan adalah sesuatu yang memeritkan, samada kepada sebelah pihak atau kepada kedua-duanya sekali. Mungkin setelah sekian lama menjalinkan hubungan sebagai sepasang kekasih, tiba suatu ketika hubungan ini tidak dapat diselamatkan lagi.

Untuk entri ini, aku buat untuk keadaan di mana apabila anda putus cinta, dan tiada tanda-tanda si dia akan kembali kepada anda. Mungkin si dia sudah ada orang lain ataupun si dia memang tidak mahukan anda lagi. Jika anda yang memutuskan hubungan, mungkin tidak separah dengan orang yang menerima keadaan 'diputuskan'.

Si dia sudah tidak kembali kepada anda.. Anda kecewa.. Jadi apa yang perlu anda lakukan/pikir/bertindak.?

Jadi kali ini aku bawakan beberapa point dari pendapat dan pandangan aku sendiri. Jika anda ada pendapat lain, boleh bagitahu di ruangan komen untuk kita bertukar pendapat.

Berikut point² yang aku pikirkan.

1. simpan gambar die buat sementara.
- Mungkin bagi anda idea ini seperti 'idea gila' kerana akan membangkitkan perasaan rindu. Tetapi pikirkan seperti ini. Jika hari ini anda bersamanya, selepas ini anda tidak lagi berpeluang untuk menatap/bercakap/berbual. apa akan terjadi jika anda terasa begitu memerlukan si dia sedangkan si dia sudahpun bersama orang lain.?
Tengok gambar. Itu dapat mengurangkan sedikit kepedihan yang tersarang di hati anda. Tidak perlu anda tatap gambar tiap² hari, just simpan buat sementara sehingga luka di hati perlahan-lahan sembuh. Nanti ada suatu ketika anda rasa anda sudah agak ok, dan tidak perlu menatap gambar kerana ingatan anda kepada si dia sudah makin pudar, pada masa itu anda boleh buang atau delete gambar yang ada dalam pc anda.

2. jangan dengar atau nyanyi lagu jiwang.
- Jika bercinta, perasaan gembira dan bahagia akan anda lalui. Anda boleh mendengar/karaoke lagu² yang best². Tetapi jika anda putus cinta, sebolehnya elakkan daripada mendengar, apatah lagi menyanyi lagi yang berkaitan putus cinta.
Jika bercinta, perasaan gembira dan bahagia akan anda lalui. Anda boleh mendengar/karaoke lagu² yang best². Tetapi jika anda putus cinta, sebolehnya elakkan daripada mendengar, apatah lagi menyanyi lagi yang berkaitan putus cinta.

:) semua ni adalah pendapat bagi saya "M. Aduka Ikmal".

No comments:

Post a Comment