Saturday, December 25, 2010

Fakta Yg Benar !

Perbualan antara ayam dan lembu,

Ayam : Wei lembu, aq sedih la.
Lembu : Asal plak ko nk sedih ?
Ayam : ye la, aq ingat nk dua tiga ekor anak, tp sume nye manusia kebas, manusia ni penting kan diri la.
Lembu : ala, masalah kau tu kecik jee.
Ayam : Knp ko ckp mcm tu ?
Lembu : Ye la, sbb masalah aq lagi besar.
Ayam : Ape masalah ko ?
Lembu : Ye la, manusia sume amik susu aq, dorang minum susu aq, TAPI XDE SORANG PON YG PGGL AQ MAK :(

Writed by :
Aduka Ikmal'z

Friday, December 24, 2010

no Topic For This Topic.

Ehem..
Jantung ku yg seakan akan buah tembikai ini sedang berdetup detap apibila ingi ku luah kn ape yg terpendam di dlm hati ku selame berabad abad lame nye kpd seorang wanita yg ku sayangi. wahh.^^.

Setelah ku kata kan pada nya apa yg ku rase, Die seolah2 terkejut bagai terpijak taik kucing dan terjatuh pula di atas singa yg sedang nyenyak tido. Aku pula seolah2 menyesal dgn kata2 yg ku ucap kan pada nya bagai monyet yg kecewe akibat clash ngan gf die.

Pada suatu hari, sebelum subuh telah ku katakan bahawa aq ingin melamar nya untk menjadi gf ku. Kata wanita itu, ' aq mahukan 7 dulang hati nyamuk' atau lebih difahami sebagai 'tunggu la lepas start skolah'.

Aku terasa seakan2 dibaham seekor singa laut yg kelihatan seperti kucing, walau aq agak kecewa dgn jawapan nya, aq cuba bertepuk 3 belah tangan, tapi aq x berdaya. Mengapa ? mengapa jawapan yg begitu kau harus katakan ?, aq cuba mengeluar kan cacing yg berada di dlm perut ku, tp aq x berdaya.

Semenjak kau bg jawapan itu, aq seolah2 dpt melihat wajah mu didalam album fb mu.

Di sini, diatas kerusi kedai ku, aq membuat keputusan untk makan malan bersama keluarga ku, dan aq telah membuat keputusan untk menunggu jawapan dari mu, meskipun pedih hati ku untuk menanti.

Yg ikhlas:
Adibah Noor bt. Aduka Ikmal

Sunday, December 19, 2010

ank kurang ajar

Seorang ibu sedang sibuk di dapur mendengar anaknya yg baru berusia sepuluh tahun bermain di ruang tengah. Si ibu mendengar anaknya berkata begini...

"Para penumpang.. Encik2 dan Puan2 keparat sekalian.. dipersilakan naik ke pesawat dan duduk di kerusi masing2.."

Si ibu terkejut, bergegas mendatangi anaknya dan berkata :
"Nak ooo Nak.. kan ibu dah kata.. jangan gunakan kata-kata kotor seperti itu. Sekarang.. engkau kena hukum... berdiri diam di dapur selama 2 jam!"

Dua jam kemudian hukuman pun berakhir. Si anak terus saja meneruskan permainannya. Si Ibu di dapur kembali mendengar anaknya berkata-kata dalam permainannya itu...

"Para Penumpang.. Encik2 dan Puan2 yg dihormati. Sebentar lagi pesawat kami akan terbang. Silakan Naik dan duduk ditempat masing2... Selamat menikmati penerbangan kepada Encik2 dan Puan2 yang terhormat"

Ibu yg di dapur tersenyum puas.. tetapi kemudian didengarnya lagi anaknya meneruskan ucapannya, "Bagi yg ingin memprotes kerana penerbangan ini terlewat DUA JAM... Sila protes kepada wanita jahanam yg kini berada di dapur!"

Wednesday, December 15, 2010

3 sahabat yg malang

3 orang kawan, Raja,Raju,Rajo…
tinggal di sebuah flet 60 tingkat..
pada suatu hari,
lif rosak… maka kena la pakai tangga..
Raja mencadangkan mereka bertiga menceritakan kisah yang sedih..
untuk menghilangkan penat..
Raja Start dulu..
“ketika aku didalam kandungan lagi.. bapa ku telah pergi meniggalkan ku..
buat selame lamenye..”
sedar2 mereke dah berade di tingkat 30..
Raju lak sambung..
“mak aku mati ketika melahir kan aku.. aku berase bersalah..”
mereke skrang berada di tingkat 50..
Rajo lak sambung..
“Tu tak bape sedih.. yang paling sedihnye.. cerite aku ni…
sebenarnye……
kunci rumah…
tertinggal kat dalam kerete..”
mereke skrang berade di tingkat 60…
Tanpe berfikir panjang..
Raja dan Raju terus mencampak Rajo ke luar flet..

Tuesday, December 14, 2010

3x2

Samsul pulang dari sekolah dan memberitahu ayahnya dia dapat F dalam matematik

“Kenapa dapat F?” tanya ayahnya kehairanan
“Cikgu tu tanya, 2×3 berapa jawapannya?” dan saya jawab “6″
“Tepat jawapan tu” kata ayahnya
“Kemudian cikgu tu tanya lagi, berapa jawapannya 3×2?”
“Apa kejadah haram bezanya?” bentak ayahnya
“Haaa..macam tu lah saya cakap kat cikgu” kata si anak

Merah padam muka si ayah. Didiklah anak dengan bijaksana